Dr Subramaniam Yakin AGM MIC Jumaat Ini Berjalan Lancar

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 7:23 PM

Dr S. Subramaniam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam yakin Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC ke-68 pada Jumaat ini akan berjalan lancar seperti yang dirancang tanpa sebarang gangguan.

Beliau berkata mesyuarat di bawah kepimpinannya buat kali pertama itu akan diteruskan walaupun terdapat spekulasi dan desas-desus yang mendakwa penyokong bekas Presiden Datuk Seri G.Palanivel akan mencetuskan kekecohan pada hari pemilihan itu.

Dr Subramaniam juga berkata AGM dan pemilihan semula parti akan diadakan pada hari yang sama iaitu 6 Nov di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang dan bukannya dua hari seperti yang dijadualkan sebelum ini.

"Kami akan mengadakan majlis makan malam bersama-sama delegasi pada 5 Nov dan pemilihan serta AGM pada 6 Nov," katanya kepada pemberita selepas sidang media mengenai kempen 'Makan Secara Sihat Sempena Deepavali' di sini, Selasa.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional dijadual merasmikan mesyuarat tersebut pada pukul 3 petang.

Sebelum ini, MIC bercadang mengadakan pemilihan semula bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 6 Nov dan diikuti AGM pada hari berikutnya.

Mesyuarat itu yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Dis tahun lepas ditangguhkan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS), yang mengarahkan parti itu mengadakan mesyuarat tahunan selepas membuat pemilihan baharu bagi tiga jawatan naib presiden dan CWC serta lapan bahagian.

RoS membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai salah laku dalam proses pemilihan.

Dr Subramaniam juga mengingatkan semua calon yang bertanding supaya tidak melakukan sebarang "politik wang" dalam pemilihan semula parti berusia 68 tahun itu.

Beliau memberi amaran sekiranya didapati calon yang bertanding berbuat demikian, tindakan tegas akan diambil termasuk digantung keahlian parti. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: AGM MIC , Dr Subramaniam

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan