Malaysia Komited Pastikan Dalang Tembak MH17 Dibawa Ke Muka Keadilan

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 2:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sekali lagi menyatakan komitmen untuk memastikan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 dibawa ke muka pengadilan.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, perkara itu dinyatakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Australia pada Isnin.

Mesyuarat dengan rakan sejawatnya Julie Bishop itu diadakan di Commonwealth Parliamentary Offices di Melbourne, Australia sempena lawatan Anifah ke negara itu pada 1 hingga 4 Nov.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua menteri luar itu membincangkan isu yang melibatkan kedua-dua negara seperti kumpulan militan I.S, migrasi tidak sah dan pesawat MH17 serta isu-isu lain serta kerjasama antara Malaysia dan Australia  pada masa akan datang.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Sebanyak 298 mangsa terkorban dalam tragedi itu, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan itu, tujuan utama mesyuarat itu diadakan bagi bertukar-tukar pandangan dalam isu berkepentingan yang melibatkan kedua-dua negara.

"Semasa mesyuarat tersebut, kedua-dua Menteri Luar berkongsi pendapat bagi pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia termasuk lawatan Perdana Menteri Australia yang baharu Malcolm Turnbull semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur yang dihoskan Malaysia dan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada November 2015," menurut kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Australia

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan