PKR Gesa Azmin Ali Pecat Wakil PAS Dalam Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 8:39 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali perlu mendengar gesaan DAP supaya wakil rakyat PAS dipecat daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul berkata, Azmin seharusnya melihat gesaan berkenaan secara serius dan menyeluruh.

“Menteri besar kena dengar. Sudah tentu ada latar belakangnya dan mengapa perwakilan DAP berkenaan menyuarakan begitu. Adakah ianya secara kelompok ataupun dia melihat secara dasar...secara total.

"Saya rasa ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan tapi sudah tentu kita kena dengar. Mungkin ada meritnya. Namun begitu, sebagai pemimpin yang berjiwa besar, kita harus dengar,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong yang menggesa supaya pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat PAS daripada pentadbirannya.

Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.

Tags / Kata Kunci: Mohamed Azmin Ali , PAS , Johari Abdul

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan