Banjir: Bomba Buat Persediaan Untuk Situasi Terburuk

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 8:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Musim tengkujuh sudah tiba dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah bersedia berdepan sebarang kemungkinan termasuklah kemungkinan berlakunya banjir buruk seperti yang melanda Pantai Timur tahun lepas.

Sepanjang tahun, pegawai-pegawai di negeri yang masih terdedah dengan banjir iaitu di Kelantan, Pahang dan Terengganu telah menjalankan latihan air di sungai untuk menguji kesediaan mereka memindahkan sejumlah mangsa jika paras air meningkat.

Penolong Ketua Pengarah (Bahagian Operasi)Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Soiman Jahid berkata aset telah diletakkan di negeri-negeri berkenaan sebagai persediaan musim hujan.

"Kami bersedia jika ia menjadi seburuk tahun lepas. Kami telah menjalankan latihan air untuk pegawai supaya mereka mahir mengemudi banjir dan kami telah pastikan semua jentera bomba dan bot dalam keadaan baik di negeri-negeri berkenaan.

"Dan kami bersedia membekukan semua cuti pegawai sebaik sahaja Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran banjir peringkat merah di negeri-negeri pantai timur," kata Soiman.

Sekiranya lebih ramai tenaga kerja diperlukan, Soiman berkata bomba di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor berada dalam keadaan siap sedia untuk dikerahkan ke pantai timur.

"Tetapi bukan hanya Bomba sahaja. Ini akan menjadi satu usaha penyelarasan antara agensi kerajaan dengan polis, tentera, kerajaan negeri sehinggalah kepada pegawai-pegawai daerah. Kami adalah komponen antara satu sama lain," katanya.

Di Terengganu, 700 anggota bersiap sedia untuk syif 24 jam pada musim tengkujuh.

Jabatan negeri akan menggunakan 35 bot aluminium dan 15 buah lori untuk operasi menyelamat dan pemindahan manakala pegawai akan ditempatkan di 'kawasan panas' di Chukai, Hulu Besut, Setiu, Kuala Berang dan beberapa kawasan rendah di Dungun.

Jabatan Pertahanan Awam Terengganu juga telah mengarahkan semua ketua kampung di negeri ini untuk memastikan pihak berkuasa dikemaskini dengan perkembangan terkini mengenai jumlah penduduk dan keadaan mereka, supaya operasi menyelamat dapat dijalankan dengan lebih cekap.

Mereka juga menasihatkan orang ramai menyediakan 'beg untuk pindah' dengan membawa dokumen penting, lampin dan susu formula jika mempunyai bayi serta ubat-ubatan penting.

Bagi Johor, anggota bomba di sini telah menjalankan kursus pengurusan bencana dengan masyarakat tempatan yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir di empangan Juaseh sebagai persediaan jika berlaku hujan lebat pada akhir tahun.

Di Lembah Klang, Soiman berkata, pihaknya bimbang dengan kejadian tanah runtuh pada musim hujan, kerana struktur cerunnya yang lemah cerun.

Beliau berkata pegawai-pegawai telah bekerjasama dengan persatuan penduduk di kawasan berbukit sebagai persediaan bagi pemindahan segera sekiranya berlaku tanah runtuh.

Jabatan Pertahanan Awam negara bersedia untuk menggunakan 49,800 ahli biasa dan sukarelawan untuk membantu operasi bantuan banjir.

Tags / Kata Kunci: banjir , tengkujuh , Bomba , Datuk Soiman Jahid

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan