Khidmat Guru Sementara Akan Ditamatkan - Kementerian Pendidikan

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 11:31 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan akan menghentikan perkhidmatan guru sementara pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pendidikan II Senator Chong Sin Woon.

Chong berkata, walaupun tindakan untuk menghentikan perkhidmatan guru sementara agak keras, namun ia perlu kerana sekolah vernakular Cina akan ada guru yang mencukupi pada tahun akan datang.

"Tahun depan, kami akan menghantar seramai 1,626 guru ke sekolah rendah Cina, manakala pada 2017 seramai 1,008 guru akan dihantar," kata Chong di laman Facebooknya, pada pagi Ahad.

Ucapan penghargaan itu disampaikan semasa sesi dialog  bersama 20 guru sementara di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut Chong, beberapa guru ini telah mengajar selama dua hingga lima tahun.

Tambah Chong lagi, guru sementara ini mengharapkan untuk menjadi guru sepenuh masa pada masa akan datang.

"Mereka menyaksikan acara-acara bersejarah dan ini mungkin akan menjadi kumpulan terakhir guru sementara yang diambil bekerja oleh kementerian.

"Saya akan buat yang terbaik untuk tolong guru sementara ini cari kerja dalam bidang yang sama.

"Saya harap untuk anjurkan majlis yang dapat mengumpulkan semua guru sementara di dalam negara sebagai tanda terima kasih kepada mereka," kata Chong.

Awal tahun ini, sekolah vernakular Cina mengalami kekurangan seramai 1,000 guru.

Angka itu menurun daripada 5,000 pada 2008 sejak Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Sekolah Cina bersedia menerima lebih 2,000 guru pada dua tahun lagi, Chong yakin mereka tidak akan menghadapi kekurangan guru dalam tiga tahun akan datang.

Tags / Kata Kunci: Kementerian Pendidikan , Sekolah

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan