SRC International: DPP SPRM Terkejut Dengan Arahan Perpindahan

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 9:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat kes SRC International berkata beliau tidak mengetahui mengenai arahan perpindahan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) sehingga ia dilaporkan media.

Ahmad Shazalee Abdul Khairi, yang berkhidmat di bahagian khas operasi SPRM berkata beliau terkejut mengenai arahan perpindahan secara tiba-tiba itu.

"Saya juga terkejut. Saya masih datang ke pejabat SPRM, tiada siapa memberitahu saya apa-apa mengenai arahan perpindahan," kata Ahmad Shazalee pada Isnin.

Ia susulan laporan daripada sebuah portal berita bahawa DPP itu diarahkan untuk kembali ke AGC walaupun tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga 2017.

Masih belum dapat dipastikan bila arahan perpindahan itu dikeluarkan atau tarikh ia akan berkuatkuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdul mengesahkan arahan perpindahan itu tetapi berkata beliau tidak pasti tarikh arahan itu berkuatkuasa.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.

SRC International adalah bekas anak syarikat milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pada Ogos lalu, Ahmad Shazalee adalah seorang daripada enam pegawai SPRM yang ditahan polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kebocoran maklumat berkaitan siasatan pasukan petugas khas 1MDB.

Polis menyerbu rumah beliau di Persint 11, Putrajaya dan pejabat Badan Operasi Khas SPRM di Presint 3.

Beberapa kotak fail dan komputer riba antara yang dirampas daripada agensi itu.


iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan