Usul Undi Tak Percaya: Bersih 2.0 Harap Dapat Bertemu Pandikar

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 5:30 PM

Maria Chin Abdullah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berharap dapat bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membincangkan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata gabungan itu berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Pandikar untuk membincangkan perkara tersebut.

"Pandikar telah memberikan jawapan ya dan tidak kepada undi tidak percaya, jadi kami mahu memujuknya supaya mendengar resolusi tersebut dan Ahli Parlimen dapat mengundi usul itu," kata Maria selepas menyampaikan poskad dan surat dalam talian daripada rakyat Malaysia kepada Ahli Parlimen pembangkang sebagai sebahagian daripada kempen di luar lobi Parlimen pada Isnin.

Pada bulan lalu, Bersih 2.0 melancarkan kempen undi tidak percaya terhadap Najib.

Di bawah kempen tersebut, poskad khas telah diedarkan kepada orang ramai.

Poskad tersebut turut dihantar kepada Ahli Parlimen masing-masing untuk menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Pada Isnin, Maria berkata Bersih 2.0 telah mengumpul kira-kira 31,000 poskad dan petisyen secara dalam talian dari 211 kawasan pilihan raya.

Ditanya mengenai jumlah yang diperolehi dari Pekan yang juga kawasan Parlimen Najib, Maria berkata Bersih 2.0 menerima jumlah yang 'besar'.

Namun, beliau mengakui bahawa tidak mempunyai jumlah rasmi.

Maria berkata kempen tersebut akan diteruskan sehingga satu undi tidak percaya dilaksanakan.

"Kami meminta Ahli Parlimen untuk mengundi usul undi tidak percaya tersebut kerana kami mahukan jawapan berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan