Anak Peniaga Bakso Di Sabah Terima Anugerah Pelajaran Diraja UKM

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 10:11 AM

Noviatin bersama bapa dan ibunya (kiri). Di sebelah kanan adalah ibu saudaranya, Srisetiawati Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Noviatin Syarifuddin mendapat inspirasi daripada kemiskinan keluarganya untuk menjadi pelajar dari Sabah pertama di fakultinya yang meraih Anugerah Pelajaran Diraja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.74, beliau mengungguli anugerah bagi kategori Bumiputera dengan lulus ijazah kepujian kelas pertama dalam bidang Antropologi dan Sosiologi pada majlis konvokesyen ke-43 UKM, Ahad.

Anugerah itu diberikan kepada dua pelajar cemerlang akademik dan serba boleh bagi setiap universiti. Pemenang mendapat pingat emas bernilai RM1,000 dan wang tunai RM5,000.

Noviatin, 23, berkata kejayaan itu tidak diraih semata-mata daripada '100 pendidikan pendidikan formal dalam kelas'.

Pelajar sains sosial itu berkata, beliau cuba menerapkan teori yang dipelajari di kelas dengan latihan praktikal. Konsep seperti itu terbukti berguna apabila beliau melibatkan diri dengan komuniti berbeza dalam program-program kesukarelaan yang disertainya.

Noviatin juga fasih berbahasa Mandarin kerana beliau belajar di sekolah rendah Cina.

"Ibu saya mahu mendedahkan saya kepada budaya yang berbeza. Mungkin dia bosan menjawab pertanyaan saya," katanya berjenaka, mengimbas bagaimana dia sering bertanyakan kepada ibunya, Partini Abdul Karim dengan soalan-soalan tentang rakannya yang berbilang kaum.

Anak sulung daripada lapan adik beradik ini juga memetik bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela bahawa 'pendidikan adalah senjata paling berkuasa yang boleh digunakan untuk mengubah dunia'.

Menurut Noviatin, kata-kata Mandela telah memberi ilham kepadanya dan memberinya kesedaran bahawa latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah bukan penghalang kepada kejayaan.

Bapa Noviatin yang merupakan imam di kampung halamannya di Kampung Andrassy, ​​juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di Tawau pada sebelah malam.

Ibunya berniaga di warung yang terletak bertentangan sekolah yang sama, menjual nasi kuning dan bakso untuk menambah pendapatan keluarga.

Walaupun Noviatin masih ingat bagaimana beliau sedih apabila masyarakat memandang rendah keluarganya, beliau selalu menahan air matanya.

"Ibu saya mengajar saya untuk membiarkannya kerana saya adalah orang yang berpendidikan. Katanya, jangan sekali-kali peduli dengan cakap-cakap orang tentang keluarga kita."

Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM Prof Dr Hazita Azman berkata terdapat satu keazaman di sebalik sikap malu-malu kucing Noviatin, manakala mentornya Dr Mimi Hanida Abdul Mutalib memuji sikap positif beliau.

Tidak ramai kawan-kawan Noviatin mengetahui kesusahan keluarganya.

"Saya jarang-jarang memberitahu rakan-rakan tentang latar belakang saya. Bukan kerana saya malu. Saya tak mahu mereka sedih dan tak mahu mereka memandang rendah kepada saya," kata beliau.

Sebelum konvokesyen ini, ibu bapa Noviatin tidak pernah datang ke Semenanjung sebelum ini.

Beliau juga menyimpan impian untuk membeli sebuah komputer supaya keluarganya dapat berhubung dengannya melalui Skype.

"Dengan cara itu saya dapat melihat wajah ibu saya," katanya.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap telah menaja tiket penerbangan untuk ibu bapanya supaya mereka boleh menghadiri majlis konvokesyen.

Noviatin berterima kasih kepada semua orang yang membantunya, jadi beliau mahu berbakti kepada masyarakat dengan menumpukan kepada sebuah kehidupan akademik.

Sebagai permulaan, beliau mengikuti Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang sosiologi alam sekitar di UKM.

Beliau berharap dapat melihat pembangunan di kampungnya dengan memberi sumbangan penyelidikan.

"Saya mahu mereka didedahkan kepada dunia luar, ke barat Malaysia, datang ke sini dan melihat banyak perkara berbeza," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan