Jabatan Peguam Negara Nafi Keluar Arahan Perpindahan DPP SPRM

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 11:49 PM

AGC dalam laman Twitternya menjelaskan tidak mengeluarkan arahan perpindahan kepada DPP SPRM.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan perpindahan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Shazalee Abdul Khairi.

Twitter rasmi jabatan itu pada lewat malam Isnin memaklumkan bahawa arahan sedemikian tidak dikeluarkan agensi tersebut.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan bahawa DPP itu diarahkan untuk kembali ke AGC walaupun tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga 2017.

Ahmad Shazalee antara DPP yang terlibat menyiasat kes SRC International iaitu bekas anak syarikat milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang berkhidmat di bahagian khas operasi SPRM berkata terkejut mengenai arahan perpindahan secara tiba-tiba itu.

"Saya juga terkejut. Saya masih datang ke pejabat SPRM, tiada siapa memberitahu saya apa-apa mengenai arahan perpindahan," kata Ahmad Shazalee pada Isnin.

Pada Ogos lalu, Ahmad Shazalee adalah seorang daripada enam pegawai SPRM yang ditahan polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kebocoran maklumat berkaitan siasatan pasukan petugas khas 1MDB.

Polis menyerbu rumah beliau di Persint 11, Putrajaya dan pejabat Badan Operasi Khas SPRM di Presint 3.

Beberapa kotak fail dan komputer riba antara yang dirampas daripada agensi itu.

Tags / Kata Kunci: SPRM , AGC , arahan perpindahan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan