Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Nahas Pesawat Rusia - Wisma Putra

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 9:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia Airlines yang terhempas di Sinai pada Sabtu, kata Wisma Putra dalam kenyataan pada Ahad.

Kedutaan Malaysia di Kaherah sedang memantau keadaan, katanya dalam kenyataan itu.

Ia juga turut mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan Rusia dan rakyatnya, terutamanya anggota keluarga mangsa nahas itu.

Malaysia juga turut sedih apabila mengetahui Penerbangan KGL9268 yang terhempas di Sinai telah menyebabkan 224 orang yang berada dalam pesawat itu terbunuh.

Pesawat Airbus A-321 yang membawa 217 penumpang dan tujuh anak kapal hilang dari radar selepas 23 minit berlepas pada pukul 5.51 pagi dari Sharm el-Sheikh ke St Petersburg, Rusia.

Wisma Putra memberitahu sebarang pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian 00 202 3761 0013 atau pegawai bertugas Kementerian Luar di 03-8887 4570 / 03-8887 4770. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Kogalymavia Airlines , Sinai

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan