Teliti Semula Beberapa Aspek Projek Pangsapuri Bukit Keramat - Johari

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti semula beberapa perkara berkaitan pelaksanaan projek pangsapuri di Bukit Keramat untuk membolehkan lebih banyak rumah mampu milik didirikan di kawasan tersebut.

Johari yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa berkata sebilangan besar penduduk di kawasan itu telah mengadu kepadanya mengenai projek berkenaan yang didakwa tidak memberi keutamaan keperluan penduduk asal di kawasan tersebut.

Katanya, cadangan awal pembangunan kawasan berkenaan adalah pembinaan unit kondominium mewah, bagaimanapun ia mendapat bantahan daripada penduduk tempatan yang mahukan rumah mampu milik turut didirikan di kawasan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turut serta bersama lebih 100 penduduk di kawasan Parlimen Titiwangsa melihat kawasan itu yang kini telah memaparkan maklumat mengenai projek tersebut.

Papan tanda yang memaparkan Cadangan Pembangunan Dua Blok Pangsaparui 548 unit di LOT PT9902 dengan menawarkan 274 unit (Rumah Mampu Milik) dan 274 unit (Harga Bebas).

Dalam pada itu, Johari juga memperjelaskan terdapat beberapa syarikat agensi kerajaan telah menawarkan kepada DBKL untuk membina 100 peratus unit rumah mampu milik yang menawarkan 548 unit pada harga bawah RM200,000 di kawasan yang sama.

"Saya adalah salah seorang wakil rakyat yang menyokong pembangunan, tetapi pembangunan ini mestilah seiring dengan kehendak masyarakat dan kawasan ini bukannya di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, apa salahnya DBKL melihat semula kehendak daripada masyarakat," jelas beliau.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Johari Abdul Ghani , Bukit Keramat

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan