Saiz Parti Komponen Bukan Keutamaan Dalam Prinsip Perkongsian Kuasa BN - PM

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 1:14 PM

BERSEMANGAT... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah dan penyokong Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) melaungkan Hidup BN selepas selesai menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Tri-Tahunan parti PBRS di sebuah hotel terkemuka di KOta Kinabalu, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan saiz sesebuah parti yang menjadi rakan kongsi dalam BN bukan keutamaan sebaliknya yang lebih penting ialah kesetiaan dan komitmen parti-parti komponen terhadap BN.

Perdana Menteri berkata atas prinsip berkenaan yang dipegang BN selama ini, membolehkan BN terus berkuasa sehingga Malaysia mampu mengharungi apa juga dugaan sama ada dalam masa susah dan senang.

"Saya sebagai Pengerusi BN bukanlah (melihat sangat) pada saiz (parti). Bagi saya saiz tidak penting, apa yang penting ialah kesetiaan dan komitmen anda. Di atas prinsip inilah negara kita mengorak langkah ke hadapan. Kita telah berjaya sama ada dalam keadaan yang memberangsangkan atau dalam keadaan yang mencengkam.

"Tetapi BN terus membuktikan bahawa inilah parti di mana rakyat boleh bergantung harap, melindungi kepentingan semua kaum, tidak kira kumpulan etnik  ataupun agama. Payung BN bersifat inklusif dan komprehensif," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini Ahad.

Turut hadir Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dan Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Justeru, Najib meminta kesemua 13 parti yang bergabung dalam BN agar terus mempertahankan prinsip berkenaan yang menuntut semua komponen berinteraksi untuk mencari pemuafakatan dan persefahaman serta bekerjasama bagi mencapai objektif utama BN iaitu menubuhkan kerajaan yang kuat.

Katanya dalam berhadapan apa-apa isu atau permasalahan, semua komponen BN perlu menentukan bahawa mereka tidak lari daripada objektif utama penubuhan gabungan itu kerana tidak ada pertimbangan lebih besar dan penting selain daripada membentuk kerajaan BN yang kuat.

"Pertimbangan dari segi kepentingan yang terlalu sempit, pertimbangan yang bersifat parokial, pertimbangan yang bersifat terlalu melihat ke dalam diri, sehingga menjejaskan kepentingan utama, kita perlu ketepikan kerana kalau kita tidak ada kuasa politik, tidak ada apa yang bermakna sama sekali bagi kita.

"Lebih baik kalau kita terpaksa berkorban sedikit asalkan kuasa itu di dalam tangan parti BN. Jadi kalau kita ada kuasa, maka perjuangan boleh diteruskan walaupun kita tak mungkin dapat semua yang kita kehendaki," katanya.

Najib mengakui bahawa masih ada permintaan daripada parti-parti komponen BN yang belum dipenuhi namun percaya semua anggota BN berhadapan situasi yang sama dan ruang untuk mempertimbangkan permintaan parti-parti komponen berkenaan tetap ada dan boleh dilakukan dalam semangat kekeluargaan BN.
Tags / Kata Kunci: konsep perkongsian , parti komponen , PBRS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan