Pengurus Restoran Juara Pertandingan Memasak

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ikan merah panggang dengan mousseline udang, ulam pesto dan salad paku telah menonjol dalam pertandingan akhir R.AGE Food Fight.

Pengurus restoran Nurilkarim Razha dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan memasak dramatik yang julung kali diadakan di Le Cordon Bleu Malaysia, Sabtu.

Penggunaan kreatif minyak sawit oleh peserta berusia 26 tahun itu dalam resipi asalnya dan kemahirannya yang meyakinkan telah menarik perhatian lima juri - Chef Wan, Chef Rodolph Onno dari Le Cordon Bleu Malaysia, Chef Darren Chin dari DC Restaurant, artis/chef Tan Chung Liang dan blogger makanan KY Speaks.

"Saya mahu mempromosikan hidangan dengan bahan-bahan yang mewakili negara ini," kata Nurilkarim.

"Rakyat Malaysia perlu belajar bagaimana untuk membuat nasi lemak sebelum mereka belajar membuat lasagne."

Beliau menewaskan empat peserta akhir untuk memenangi RM10,000, kolum makanan di The Star, satu video bersiri di TheStarTV.com dan rage.com.my dan set pisau Le Cordon Bleu Malaysia oleh Wüsthof.

Lima peserta akhir telah dipilih selepas uji bakat video selama beberapa bulan, dengan pencinta makanan dan chef muda dari seluruh negara menghantar video mereka memasak hidangan menggunakan minyak sawit.

"R.AGE tidak menganjurkan ini hanya untuk mencari hos atau tukang masak yang baik. Mereka cuba melatih dan membangunkan bakat muda di Malaysia," kata Nurilkarim.

Walaupun berlaku saingan sengit antara Nurilkarim dan naib juara Ahong Yeang, panel hakim sebulat suara bersetuju bahawa pemenang tempat pertama itu adalah peserta yang lebih sempurna.

Chef Wan berkata Nurilkarim mempunyai potensi besar untuk menjadi hos rancangan makanan.

"Saya suka gaya kamu, dan kamu jelas selesa di depan kamera," katanya.

"Hanya cuba elakkan pengkhususan pada jenis masakan, dan saya yakin kamu akan mempunyai masa depan yang baik di TV.

"Hos rancangan masakan yang baik adalah seorang pencerita, ahli sejarah," katanya.

"Jangan bimbang jika anda tidak mempunyai cukup pengetahuan. Anda sentiasa boleh mengembangkan bakat anda dengan menghadiri kursus-kursus masakan."

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan