ATM Sedia Kerah Aset Hadapi Musim Tengkujuh - Berita Semasa | mStar

ATM Sedia Kerah Aset Hadapi Musim Tengkujuh

Diterbitkan: Ahad, 1 November 2015 2:23 PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendukung cucunya ketika hadir bersama isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah (kanan) untuk menyertai larian amal Malaysian United Run di Padang Merbok, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia mengerahkan asetnya bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda negara pada hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah yang bakal diambil ATM itu telah dimaklumkan kepada Kabinet.

"ATM tidak teragak-agak untuk membantu dan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dengan satu syarat bahawa dalam apa jua yang kita lakukan janganlah menjejaskan keselamatan anggota ATM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai larian amal 'Malaysian United Run' anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) di Padang Merbuk, di sini, Ahad.

Hishammuddin berkata bersandarkan pengalaman musim tengkujuh lepas, pihak ATM telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku ketika tibanya musim tengkujuh.

"Kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku berkait dengan banjir tetapi ia memberi pengajaran dan persiapan awal ATM sekiranya hujung tahun ini dilanda dengan banjir besar lagi," katanya.

Larian amal sejauh 5 km anjuran IOJ di Padang Merbuk disertai lebih 10,000 peserta daripada 17 institusi pengajian tinggi.

Ia turut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat pelbagai kaum dengan penyertaan lebih 5,000 peserta yang menjadikan 'Malaysian United Run' sebagai larian yang teramai sekaligus mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records'.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan