UniKL Bukan Lagi Untuk Pelajar Tercicir

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 10:36 AM

Dr Mazliham Mohd Su'ud. - foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sambutan memberangsangkan masyarakat terhadap Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah menguatkan lagi keazaman institusi pengajian tinggi (IPT) ini untuk menjadi 'jaguh' di rantau Asia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud berkata, semangat dan keyakinan timbul apabila persepsi masyarakat terhadap UniKL telah berubah dan mereka kini semakin percaya kepada program serta konsep pembelajaran yang diketengahkan.

Katanya, berbeza dengan IPT lain, UniKL telah tampil melakukan inovasi 13 tahun lalu dengan memperkenalkan program-program teknikal pembelajaran tinggi dengan pendekatan pembelajaran secara 'hands on' (kemahiran).

"Jika dulu orang ramai kaitkan program-program kita dengan pelajar tercicir atau tak dapat masuk IPT awam, kini kita telah ubah senario itu dengan membuktikan pelajar yang bagus pun boleh menceburi bidang teknikal.

"Kita lihat pelajar yang lahir daripada bidang ini lebih mudah diterima industri disebabkan kepakaran, kemahiran dan kecekapan mereka selari dengan kehendak industri. Mereka bukan hanya dijanjikan peluang pekerjaan yang baik tetapi juga gaji lumayan," katanya kepada mStar Online, Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas hadir ke majlis 'UniKL Loyal Service Award Ceremony 2015' yang mengiktiraf kesetiaan dan perkhidmatan warga kerja UniKL yang telah berkhidmat selama 10 hingga 25 tahun bersama institusi swasta itu. 


Hadir sama Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad.

Mazliham yang telah berkhidmat di universiti itu selama lebih 20 tahun adalah salah seorang penerima anugerah bersama 207 penerima lain.

Mengulas lanjut, Mazliham yang memulakan karier sebagai pensyarah di Malaysia France Institute (sebelum ditukar kepada UniKL) kira-kira 20 tahun lalu berkata, pihak universiti kini tidak lagi berdepan masalah untuk mendapatkan pelajar yang bagus dan ia perbezaan ketara UniKL berbanding di awal pembukaannya.

"Takrif 'pelajar bagus' di UniKL tidak hanya tertumpu kepada kecemerlangan akademik atau 'bilangan A' pelajar, sebaliknya pelajar cemerlang dan mempunyai minat mendalam terhadap program-program teknikal.

UniKL bermula dengan 80 pelajar, tetapi kini mempunyai 29,000 pelajar dengan 135 program dari peringkat asasi hingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Mengenai visi dan perancangan masa panjang UniKL, Mazliham berkata, selaras hasrat kerajaan yang membangunkan UniKL sebagai sebuah universiti yang memberi fokus kepada bidang teknikal, UniKL mahu dijadikan sebagai ikutan oleh IPT lain di dalam dan luar negara.

"Selepas 13 tahun, kita mahu majukan lagi pendekatan pembelajaran yang telah diperkenalkan supaya ia boleh menjadi ikutan IPT lain yang mahu menjalankan program berasaskan kemahiran.

"Kita tak mahu jadi jaguh dalam Malaysia sahaja. Menjelang 2020 kita nak bawa UniKL sebagai pelopor dan menjadi antara universiti terunggul di Asia," katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan harapan agar konsep dan falsafah pembelajaran di UniKL dapat dikekalkan bagi membolehkan universiti itu menjadi universiti terbaik dan disegani ramai.

Tags / Kata Kunci: UniKL , IPT

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan