1MDB Lebih Berkuasa Besar, Penting Daripada Parti - Umno Semporna

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 10:12 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno Bahagian Semporna membidas tindakan parti itu yang mugkin menggugurkan jawatan dan menggantung keahlian tujuh pemimpinnya berhubung kenyataan terbuka mereka mengenai kemelut 1Malaysia Development Berhad.

Malah, Ahli Jawatankuasa Bahagian itu turut menyatakan kekecewaan bahawa Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal disebut-sebut antara salah seorang daripada tujuh pemimpin Umno yang sedang dipantau dan bakal dikenakan tindakan.

"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada parti Umno?

"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, di lucut atau di pecat keahlian mereka?

Adakah 1MDB ini milik UMNO? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?," kata AJK Umno Bahagian Semporna dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh pemimpin Umno sedang disiasat berhubung kenyataan terbuka mereka yang boleh menjejaskan parti dan mungkin berdepan tindakan digantung parti dan digugurkan daripada jawatan.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan ketujuh-tujuh pemimpin itu.

Beberapa pemimpin Umno dilaporkan menyertai bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Mereka termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Umno Semporna berkata, parti itu kini berhadapan masalah keyakinan rakyat terhadap parti dan kesannya dapat dilihat menerusi keputusan dua Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

"Adakah dengan penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang telah banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno?

Sedarkah para pemimpin serta Setiausaha Agong Umno bahawa majoriti ahli Umno dan rakyat percaya bahawa pemimpin-pemimpin yang kononnya di khabarkan sedang di pantau ini telah menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?

"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa bahawa asas kepada perjuangan Umno adalah perjuangan utk kepentingan rakyat, dan bukan kepentingan pemimpin?," soalnya.

Kenyataan tersebut pada masa sama turut mempertahankan Muhyiddin dan Mohd Shafie yang didakwa melanggar peraturan parti kerana lantang bersuara terhadap 1MDB dan dipecat daripada Barisan Kabinet pada 28 Julai lalu.

Menurut Umno Semporna, tindakan menyingkirkan Muhyiddin dan Mohd Shafie akan menghakis kepercayaan ahli terutamanya golongan muda terhadap Umno.

"Hari ini golongan muda dahagakan pemimpin yang berani menyatakan kebenaran dan bukan pemimpin yang banyak mengeluarkan kenyataan bongkak, retorik dan mengampu sebagaimana yang berlaku sekarang," katanya.

Malah, Umno Bahagian itu turut mengingatkan bahawa setiap undi dan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan datang amat penting kepada survival Umno.

"Tujuh pemimpin yang di sebut-sebut itu terutama timbalan presiden dan naib presiden Umno (Mohd Shafie) mempunyai penyokong tegar bukan sahaja di kawasan yang mereka wakili malah di seluruh negara, jika tidak mana mungkin mereka mampu bertahan di dalam politik hingga ke hari ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan