Sekolah Berhak Tolak Pengawal Keselamatan Dibekalkan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 3:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pengurusan sekolah berhak menolak penempatan pengawal keselamatan di sekolah masing-masing jika mendapati pengawal yang dibekalkan syarikat keselamatan kepada mereka, tidak memenuhi syarat  ditetapkan polis termasuk melalui proses saringan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata langkah itu juga semenangnya sebahagian daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang harus dilakukan guru besar atau pengetua dalam menjamin keselamatan murid-murid dan pelajar sekolah.

"Kita minta guru-guru besar agar lebih prihatin bertanyakan syarikat keselamatan sama ada pengawal yang dihantar ke sekolah mereka adalah pengawal yang ditapis oleh polis atau sebaliknya.

"Nak salahkan syarikat pengawal keselamatan, betul dan saya tidak nafikan.

Tetapi, di sekolah, guru besar juga patut memainkan peranan sebab kalau (maklumat) pengawal tidak dikemukakan kepada polis oleh syarikat itu, polis juga tidak tahu.

"Jadi, ia berbalik semula kepada pengurusan sekolah itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa, di sini, Sabtu.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai memberitahu demikian sebagai mengulas kes seorang pengawal keselamatan yang menjadi suspek kes rogol dan bunuh seorang pelajar tingkatan lima di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada Ahad lepas.

Menurutnya, kementerian pada masa ini sedang meneliti jenis tindakan yang akan diambil terhadap syarikat keselamatan yang bertanggungjawab dalam kes tersebut.

"Mereka telah menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar kementerian sehari selepas kejadian.

"Kalau mengikut prosedur, kita akan bagi surat amaran selepas itu kalau berlaku lagi kes, kita akan tarik balik lesen syarikat," katanya.

Sehingga kini, terdapat berpuluh daripada lebih 800 buah syarikat keselamatan di seluruh negara telah ditarik lesen operasi rentetan daripada kegagalan memenuhi syarat kementerian, tambahnya.

Mengenai hasil siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (EAIC) yang mendapati seorang tahanan polis mati kerana hentakan senjata tumpul di dada dan badan ketika dalam tahanan, dua tahun lalu, Nur Jazlan berkata, pihaknya bersimpati dengan keluarga Allahyarham dan akan memastikan siasatan semula dilakukan.

"Kita tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar peraturan, namun siasatan perlu dilakukan semula untuk mengetahui kematian tersebut sama ada disebabkan oleh tindak tanduk polis ataupun ada sebab-sebab lain," katanya.

Semalam, EAIC mengesahkan kematian Syed Mohd Azlan Syed Mohamed Nur pada 3 November 2013 mempunyai kaitan dengan kekerasan pihak polis selepas didapati mengalami 61 kesan kecederaan di seluruh badan dipercayai dipukul dan trauma akibat hentakan senjata tumpul di atas dada.

Syed Mohd Azlan ditahan pada 3 November 2013 di bilik sewanya di Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang, Johor kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan dan menggunakan senjata api.

Dia disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Penawar pada hari yang sama ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Tags / Kata Kunci: Sekolah , Pengawal Keselamatan , Polis

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan