Bajet 2016: Penjawat Awam Diajak Bersyukur

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 2:25 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengajak penjawat awam menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan kerajaan memperuntukkan pelbagai insentif kepada kumpulan itu dalam Bajet 2016.

Beliau berkata antara insentif yang diluluskan untuk penjawat awam dalam Bajet 2016 ialah pemindahan gaji bersama satu kenaikan gaji tahunan; penambahbaikan 252 skim perkhidmatan; gaji permulaan terendah kepada RM1,200; dan pemberian khas RM500.

"Penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama kepada setiap dasar dan polisi yang telah diputuskan oleh kerajaan, wajar memiliki integriti dengan cerminan produktiviti yang tinggi.

"Bagi memenuhi kehendak dan harapan rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik, kerajaan akan memperkenalkan dasar pemisah yang menyediakan mekanisme untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah," katanya di sini, Sabtu.

Mohamad Zabidi berkata demikian dalam perutusannya sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-pekerja Pengurusan dan Profesional di sini. Siaran media mengenai perutusan itu dikeluarkan Pasukan Komunikasi, Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. 

Tags / Kata Kunci: Penjawat Awam , Bajet 2016

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan