Netizen Bantu Khaidir Ahmad Biayai Kos Guaman - Berita Semasa | mStar

Netizen Bantu Khaidir Ahmad Biayai Kos Guaman

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 12:51 PM

Khaidir Ahmad.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Status laman sosial Facebook bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Khaidir Ahmad, yang memohon bantuan kewangan bagi membiayai kos guaman satu kes saman sivil yang dihadapinya baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Beliau yang kini mengusahakan penternakan ikan patin sangkar di Sungai Pahang selepas berhenti daripada TV3 pada 15 Disember tahun lepas, memuat naik status berkenaan Ahad lalu, memohon bantuan sekurang-kurangnya sebanyak RM2.60 seorang bagi membayar kos guaman berjumlah RM10,600.

Kes saman berkenaan difailkan oleh seorang pegawai kanan Pejabat Daerah Temerloh berhubung isu pam pasir yang dibantah oleh penduduk Mukim Lebak, Temerloh dan sangkar ikan patinnya di SungaiPahang.

"Saya yang tiada pilihan selain terpaksa mengambil langkah ini dengan mengemis sumbangan daripada sahabat dan hamba Allah yang prihatin untuk membantu saya membiayai kos guaman dan kos lain yang berkaitan," katanya dalam status tersebut.

Permohonan Khaidir yang selama ini cukup dikenali sebagai wartawan yang berani membongkar tentang pencerobohan hutan secara haram dan pencemaran alam sekitar mendapat perhatian netizen yang tampil menderma untuk meringankan bebanannya.

Ia termasuk seorang individu daripada Washington, Amerika Syarikat yang menyumbang USD26 dan Khaidir yang juga Pengerusi Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia Pahang (PEKA) berjaya mengumpul sebanyak RM9,712.20 dalam tempoh empat hari selepas status itu dimuat naik.

Ketika dihubungi Bernama, beliau melahirkan rasa syukur dan terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia bukan sahaja dari dalam tetapi juga di luar negara termasuk Australia dan Indonesia yang tampil menyalur sumbangan sehingga beliau dapat membayar kos guamannya Khamis lepas.

"Saya terpaksa memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai kos guaman itu kerana tidak lagi mempunyai sumber kewangan selepas mengalami kerugian akibat sangkar patin saya hanyut dibawa arus semasa banjir besar Disember tahun lepas," katanya.

Katanya kes saman itu tidak akan melemahkan semangatnya dan berazam akan terus berjuang untuk alam sekitar dan rakyat.


Tags / Kata Kunci: Khaidir Ahmad , kos guaman , netizen
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan