RM155 Juta Baik Pulih Lif, Tangga, Susur Tangan, Pendawaian Rumah Kos Rendah

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 2:08 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM155 juta melalui Bajet 2016 untuk kerja baik pulih lif, tangga, susur tangan dan pendawaian semula rumah kos rendah bagi memberikan keselesaan kepada kehidupan rakyat.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan itu akan disalurkan melalui program penyelenggaraan rumah awam kos rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia bagi rumah kos rendah swasta.

Beliau berkata peruntukan ini adalah pembiayaan 100 peratus untuk kerja baik pulih tersebut dan rakyat tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan 10 peratus daripada nilai projek baik pulih seperti sebelum ini.

"Semua kerja ini seperti pendawaian dan susur tangan menjamin keselamatan serta lif penting sebagai jalan penghubung antara rumah kita dan jalan di luar, rakyat tidak perlu keluarkan duit, kerajaan akan bantu semuanya," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan: Kejiranan Indah di Pangsapuri Kiara, Batu Berendam di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Bagaimanapun, Abdul Rahman berkata peruntukan itu tidak melibatkan kerja-kerja lain seperti projek keceriaan kawasan perumahan ataupun pembinaan kawasan riadah seperti gelanggang futsal.

"Kerja-kerja lain penduduk kena keluarkan 10 peratus (daripada nilai projek) bagi memastikan penduduk ada rasa kepunyaan kepada kawasan perumahan yang mereka diami itu," katanya.

Sementara itu pada sidang media selepas majlis itu, beliau berkata kementeriannya akan mengkaji kesesuaian pelbagai teknologi baharu bagi kerja pelupusan sampah di negeri ini.

Katanya Melaka merupakan antara tiga lokasi yang dicadang untuk pembinaan insinerator di negara ini dan projek itu akan dilaksanakan di negeri ini selepas proses pembinaan insinerator di Kepong, Kuala Lumpur selesai.

"Sebagai sebuah negeri kecil dan juga negeri pelancongan Melaka sememangnya memerlukan cara baharu serta teknologi baharu untuk pelupusan sampah yang lebih efisien," katanya.

Sebelum ini dilaporkan kerajaan bercadang membina insinerator bagi pelupusan sampah yang lebih efisien di Kepong, Kuala Lumpur; Sungai Udang, Melaka; dan Bukit Payung di Johor. 

Tags / Kata Kunci: Rumah Kos Rendah , Lif , Tangga

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan