Kementerian Pendidikan Rangka Peraturan Larang Vape Di Sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 4:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama sedang merangka peraturan tentang larangan penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, peraturan tentang larangan penggunaan vape di sekolah tidak banyak berbeza dengan larangan merokok di sekolah.

"Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada sekolah sahaja tidak boleh. Jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan memasak bubur Asyura dan majlis bacaan Yassin anjuran Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Padang Kerasak, Naka, di pada Ahad.

Kabinet dalam mesyuarat mingguannya semalam memutuskan tidak mengharamkan penggunaan vape walaupun Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangannya tentang penggunaan rokok elektronik itu.

Mengenai usaha Malaysia untuk menduduki kerusi Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2015-2019, Mahdzir melahirkan keyakinan terhadap usaha negara itu.

Kementerian Pendidikan, katanya mendapat kerjasama yang baik daripada kementerian-kementerian lain serta kedutaan dalam memastikan Malaysia muncul sebagai satu dari enam negara yang berjaya menduduki kerusi itu.

"Usaha melobi itu telah berjalan lama melibatkan banyak kementerian dan kita akan terus melobi dan saya akan bertemu dengan menteri-menteri daripada benua-benua berasingan," katanya.

Beliau yang akan ke Paris dalam jangka masa terdekat untuk menghadiri Persidangan Agung UNESCO ke-38 pada 11 Nov ini akan bertemu menteri daripada benua Afrika, kepulauan Pasifik, Asia serta Eropah.

"Pencalonan Malaysia untuk kerusi eksekutif UNESCO itu telah mendapat sokongan negara-negara ASEAN bersama-sama Vietnam," katanya dan menambah, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim akan turut berada di ibu negara Perancis itu.

Tags / Kata Kunci: Vape , Kementerian pendidikan

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan