Unit Udara Bomba Dan Must Sedia Hadapi Banjir

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menghadapi bencana banjir yang sering melanda beberapa negeri di seluruh negara khasnya di Pantai Timur.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Udara JBPM Mohd Yunos Abu Hassan berkata pihaknya sentiasa bersedia dan meletakkan kesemua kekuatan dan aset dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana alam itu bila-bila masa.

Katanya bagi tujuan itu seramai 500 pegawai dan anggota dari Pasukan Multi-Skill Team (MUST) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk digerakkan apabila banjir mula melanda negara.

"Pasukan ini sebagai pasukan sokongan di mana jika ada kawasan terputus hubungan dan tidak boleh diakses pasukan ini akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir.

"Jika kawasan tersebut tidak mampu dilalui jentera serta memakan masa yang lama untuk memberi bantuan... pasukan ini akan dihantar bagi memberi bantuan awal," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Menurutnya unit udara JBPM mempunyai tujuh pesawat yang berpengkalan di Subang (Selangor), Miri (Sarawak) dan Bertam (Pulau Pinang) yang sedia untuk diterbangkan sekiranya perlu.

Menurutnya kesemua kekuatan dan aset ini hanya akan digerakkan mengikut keperluan semasa.

"Pada tahun lalu kita banyak menggerakkan aset dan pasukan ini bagi memberi bantuan di negeri Kelantan ekoran banjir besar yang melanda dan banyak kawasan terputus hubungan sehingga ada laluan tidak mampu dilalui bot dan jentera.

"Jadi kita akan menghantar pesawat bagi operasi menyelamat serta menghantar bekalan makanan kepada mangsa di pusat pemindahan yang mana jalan untuk sampai ke lokasi tersebut ditenggelami air," katanya.

Jelasnya Must Team ini juga mampu memberikan rawatan awal kepada mangsa yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tags / Kata Kunci: Bomba , Must

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan