Arul Kanda Sedia Debat Dengan Pua Tanpa Syarat

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 12:00 PM

Arul Kanda Kandasamy.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Arul Kanda Kandasamy kini bersedia berdebat secara terbuka dengan Tony Pua tanpa mengenakan sebarang syarat, sekali gus menarik balik syarat awal bahawa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Saya dengan ini menarik balik syarat saya. Saya akan bertemu dengan Tony Pua dalam program bual bicara atau berdebat dengan beliau secara langsung di televisyen tanpa mengenakan sebarang syarat.

"Saya tidak sabar dengan perbincangan ini supaya kita boleh berdebat mengenai semua persoalan Pua," kata Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Arul turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menyediakan platform untuk siaran langsung perdebatan itu.

Sejurus pengumuman itu, Pua turut mengucapkan terima kasih kepada Arul menerusi Twitternya kerana menerima cabaran beliau dan menarik balik syarat awalnya.

Beliau turut berterima kasih kepada RTM kerana bersetuju menjadi hos program tersebut dan berharap tarikh, masa dan format akan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

"Satu-satunya orang yang akan mendapat manfaat adalah rakyat Malaysia yang mahu kebenaran didedahkan," kata Pua.

Pada malam Jumaat, Arul muncul dalam satu program temu bual bersama Bernama TV yang mendorong Pua berkata hanya jawapan 'kitar semula' akan diberikan.

Pua pada Sabtu kemudiannya mencabar Arul untuk berdebat secara langsung dengan beliau.

Arul menegaskan beliau bersetuju dengan cabaran tersebut tetapi Pua perlu terlebih dahulu meletak jawatan daripada PAC.

Tags / Kata Kunci: Arul Kanda Kandasamy , PAC , 1MDB , Tony Pua

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan