Arul Kanda, Pua Bersifat Kebudak-Budakan: Nur Jazlan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 1:26 PM

Nur Jazlan Mohamed.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perdebatan antara Tony Pua dan Arul Kanda Kandasamy hanya akan mengganggu semua siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu turut menyifatkan tindakan Pua yang juga ahli jawatankuasa PAC dan Arul Kanda Kandasamy, Presiden 1MDB sebagai 'kebudak-budakan' kerana tidak memikirkan perkara tersebut dengan teliti sebelum bersetuju berdebat secara langsung di televisyen.

"Apa sahaja yang diberitahu dan disiasat oleh PAC perlu disimpan dalam kalangan ahli jawatankuasa sebelum ia dibawa ke Parlimen.

"Ahli PAC dipilih oleh Parlimen dan jika debat ini diadakan, jadi apa gunanya siasatan dilakukan," kata Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Sukan SJKC Pei Hwa di Taman Perling di sini, Sabtu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan