Tukar Hutang Dengan Ekuiti Kurang Rumit Untuk Lunas Bon - 1MDB

Diterbitkan: Sabtu, 31 Oktober 2015 5:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memutuskan untuk melaksanakan pertukaran hutang dengan ekuiti dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dari Abu Dhabi disebabkan langkah itu kurang rumit dan lebih murah untuk melunaskan bon syarikat bernilai US$3.5 bilion.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy berkata tidak seperti pinjaman, bon merupakan instrumen hutang pasaran modal yang memerlukan persetujuan semua pemegang bon untuk menebusnya.

"Sekarang bon didagangkan pada premium. Justeru, lebih rumit dan mahal untuk menebusnya," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata melakukan pertukaran adalah lebih cepat, mudah dan murah berbanding menebus bon. Arul Kanda berkata pertukaran akan menyaksikan IPIC mengambil alih bon 1MDB sebagai tukaran deposit tunai dalam nilai dolar AS dan dana bawah pengurusan syarikat pembangunan strategik kerajaan itu.

Beliau berkata bon serta faedahnya yang mencecah US$2 bilion dijamin oleh IPIC.

Mengenai dana yang diperuntukkan bagi 'pertukaran hutang dengan ekuiti' itu, Arul Kanda berkata ia adalah unit dana bernilai US$940 juta 1MDB yang dijamin oleh Aabar Investments PJS, anak syarikat IPIC. 

Pertukaran itu katanya adalah sebahagian rancangan syarikat untuk melunaskan hutang US$42 bilion yang turut merangkumi penjualan bahagian jana kuasanya, EdraGlobal Energy Bhd dan ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd, pemaju Bandar Malaysia di Sungai Besi.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Arul Kanda Kandasamy

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan