The Star Bolot Tiga Anugerah Fotografi

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 10:27 PM

Jurugambar The Star, Art Chen (kiri), P.Nathan (dua, kiri) dan Faihan Ghani (kanan) bersama Pengurus Besar Kanan Korporat dan Bisnes CIDB, Sariah Abd Karib selepas mendapat Anugerah Fotografi pada Anugerah Penghargaan Media CIDB di Kuala Lumpur, Jumaat malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga jurugambar The Star membolot kesemua Anugerah Fotografi pada Anugerah Media Pembinaan CIDB 2015 sempena Malam Media Kementerian Kerja Raya, Jumaat malam.

P. Nathan, 44, yang mempertaruhkan gambar perasmian terowong MRT oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz ternyata berhasil apabila diumumkan memenangi hadiah utama.

Berpengalaman 15 tahun dalam bidang fotografi, Nathan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta sijil penghargaan.

"Malam yang gembira buat unit fotografi The Star kerana bukan saya sahaja tetapi dua lagi rakan juga dipilih sebagai pemenang," katanya ketika ditemui pada Malam Media KKR 2015 di sini.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi Faihan Ghani, 28 dengan penyertaannya gambar rekabentuk binaan lama bangunan berdekatan Dataran Merdeka dan juga pemandangan di Hospital Kuala Lumpur.

Faihan yang pernah memenangi anugerah fotografi pada Sukan SEA lalu dan berpengalaman lima tahun menerima RM3,000 dan sijil penghargaan.

Bagi tempat ketiga pula, Chen Soon Ling, 45 yang juga menghantar penyertaan gambar terowong MRT berjaya menarik perhatian juri. 

Jurugambar berpengalaman 20 tahun ini merakamkan gambar itu ketika lawatan media ke tapak binaan pengangkutan awan terkini di ibu negara itu.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan, Sektor Korporat dan Bisnes CIDB, Sariah Abd Karib.

Bertemakan P.Ramlee, wakil media diraikan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Judi Abdul Karim.

Selain fotografi, kategori anugerah media cetak dan elektronik termasuk penyiaran turut disampaikan. 

Tags / Kata Kunci: The Star

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan