Limosin Bawa Rajinikanth Disewa Sepanjang Hari - Syarikat PR

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 8:30 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebuah limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' yang digunakan membawa aktor filem Tamil, Rajinikanth disewa sepanjang hari dan bukannya beberapa jam, dakwa sebuah syarikat perhubungan awam (PR) di negara ini.

Pengarah Urusan Malik Stream Corporation Sdn Bhd, Abdul Malik Datshigeer turut menafikan dakwaan bahawa pemandu limosin tersebut dipaksa menyerahkan telefon bimbitnya sebagaimana yang dilaporkan pada Khamis.

"Kami tidak menggunakan sebarang taktik kekerasan.

"Hakikatnya kami memberikan wang tunai tambahan sebagai insentif kepadanya kerana memandu ke Melaka," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada Rabu syarikat kereta sewa itu mendakwa bahawa pemandu limosin tersebut dipaksa membawa bintang filem dari India itu ke Melaka pada petang Isnin, walaupun dia diarahkan untuk mengambil seorang VIP lain pada waktu yang sama.

Rajinikanth turut membuat penampilan ringkas pada sidang media itu dan menyapa Abdul Malik.

Abdul Malik berkata syarikatnya juga turut menamatkan perkhidmatan 20 pengawal yang ditugaskan untuk memantau majlis tersebut selepas menerima aduan mereka berkelakuan agresif.

Pengurus Besar Malik Stream, Ismail Abdul Rashid berkata beliau telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: limosin , Hello Kitty , Rajinikanth

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan