Bank Negara Boleh Ambil Tindakan Sivil Ke Atas 1MDB - G25

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 6:42 PM

bank negara
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25) meminta Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan sivil ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa melibatkan Jabatan Peguam Negara.

Ia berkata, bank negara "berkeupayaan di bawah kuasanya" untuk mengambil tindakan terhadap 1MDB secara bebas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) di bawah Seksyen 239 Akta Perkhidmatan Kewangan.

"Memandangkan tindakan bank negara setakat ini adalah di bawah kuasanya dengan mengambil tindakan sivil, Bank Negara boleh bertindak secara bebas tanpa rundingan atau sebarang penglibatan Peguam Negara."

G25 berkata, walaupun keputusan terhadap tindakan jenayah hanya boleh dilakukan oleh AGC, tindakan yang boleh dicadangkan ialah BNM melakukan tindakan sivil kerana ia tidak mematuhi arahan bank dan memohon perintah mahkamah di bawah akta tersebut.

Menurut G25, sekiranya 1MDB tidak mematuhi perintah mahkamah, BNM akan dapat memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap 1MDB.

"Pakar perundangan telah mengesahkan bahawa keperluan untuk tindakan sivil adalah sesuai dan hanya timbul kereana Peguam Negara telah memutuskan tiada alasan untuk mendakwa dan menafikan permintaan BNM supaya kes itu dikaji semula dan diteliti semula," tambahnya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi sebelum ini berkata, pihaknya memutuskan tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB, berhubung kesalahan membuat pendedahan tidak tepat bagi mendapat kebenaran pelaburan, kerana walaupun BNM membuat rayuan semakan semula, ia tidak memberi sebarang bukti tambahan.

Berikutan ini, BNM menarik balik tiga kebenaran pelaburan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang, dan memerintahkan syarikat milik kerajaan itu memulangkan wang pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (RM7.87 bilion).

G25 berkata, walaupun wang itu sudah dibelanjakan, tidak ada sebab rancangan penghantaran balik tidak boleh dikemukakan kepada bank pusat itu.

Tambahnya, mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan, BNM mempunyai pilihan mengambil tindakan selanjutnya untuk memaksa 1MDB mematuhi arahannya.

"Demi kepentingan negara dan dalam menjalankan kuasanya dengan adil, Bank Negara Malaysia mesti melaksanakan langkah seterusnya dengan mengambil tindakan yang perlu di bawah undang-undang," kata G25.

Tags / Kata Kunci: G25 , BNM , Bank Negara Malaysia , 1MDB

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan