Majlis Fatwa Kaji Penggunaan Vape

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 7:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan sedang mengkaji  penggunaan rokok elektronik atau vape dari pelbagai aspek sebelum memutuskan mengenai hukum penggunaannya kepada umat Islam.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, Felo Penyelidik Majlis Fatwa Kebangsaan bersama pakar kesihatan, ekonomi dan alam sekitar kini sedang menjalankan kajian tentang vape.

"Hasil penyelidikan kemudiannya akan dibentangkan kepada ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan serta mufti setiap negeri, barulah satu keputusan akan diambil mengenainya," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai keputusan Kabinet hari ini yang tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor sebagai berkata Kabinet memutuskan perkara itu.

Abdul Shukor berkata, keputusan penggunaan vape sama ada haram atau sebaliknya hanya akan diputuskan selepas beberapa proses kajian dilakukan.

"Ada beberapa proses yang perlu dilalui terlebih dahulu. Apabila selesai, keputusannya kita akan uar-uarkan kepada masyarakat.

"Rokok dan shisa sebelum ini telah diwartakan sebagai haram penggunaannya kerana kandungannya berupa tembakau yang jelas memudaratkan kesihatan,," katanya.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam satu kenyataan hari ini berkata Kabinet mengenal pasti keperluan untuk mengadakan lebih banyak pendidikan kesihatan awam mengenai kesan pengambilan vape dan  peraturan lebih ketat mengenai penggunaannya.

"Kementerian Kesihatan akan segera melaksanakan kedua-dua langkah itu," katanya dan menambah kejayaan kepada langkah tersebut dan kewujudan bukit seterusnya akan menentukan sama ada terdapat keperluan untuk melarang penggunaan vape di masa depan.

Dr Subramaniam berkata budaya mengguna vape di Malaysia dibincang secara menyeluruh oleh Kabinet yang kemudian mengambil kira kesan menghisap rokok dan rokok elektronik.-- Bernama  

Tags / Kata Kunci: Vape , Majlis Fatwa

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan