Kementerian Kesihatan Sedia Bantu Saring Mental Bakal Pekerja Berisiko

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 3:12 PM

Dr Hilmi Yahaya.

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan bersedia untuk membantu menjalankan saringan mental terhadap individu yang berisiko sebelum mereka diambil bekerja oleh pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata pihaknya sedia bekerjasama membuat saringan itu sekiranya terdapat permintaan berhubung perkara itu bagi memastikan pekerja yang diambil terutama bekas penagih dadah tidak berisiko dari segi mental.

"Mereka yang pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah lebih cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan yang tidak rasional seterusnya menjerumuskan diri ke dalam situasi yang lebih parah," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau ditemui selepas melawat keluarga pelajar tingkatan lima yang dilapor dirogol dan dibunuh di Pangsapuri Bandar Baru, Teluk Kumbar dekat sini Ahad lepas.

Dalam kejadian itu, mayat Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui di dalam rumah oleh keluarganya.

Sehubungan itu pihak polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mempunyai rekod berkaitan dadah.

Dr Hilmi turut meminta pihak majikan mewajibkan saringan yang lebih terperinci dalam pengambilan pekerja yang mempunyai rekod jenayah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi di media sosial berhubung kejadian itu.

"Spekulasi yang tidak benar berdasarkan sumber-sumber tidak tepat amat memberi kesan kepada keluarga mangsa yang sememangnya berada dalam keadaan trauma dan tertekan atas kehilangan orang tersayang.

"Kementerian akan bantu keluarga mangsa dengan mengadakan sesi kaunseling dalam masa terdekat bagi memberi sokongan moral kepada mereka," katanya.

Sementara itu bapa pelajar berkenaan, Mawardi Abdul Hak, 46, berharap kes pembunuhan anak sulungnya itu dapat diselesaikan segera dan penjenayah yang melakukannya dikenakan hukuman setimpal.

"Saya juga ingin meminta orang luar supaya menghentikan sebarang cerita yang tidak benar yang boleh mendatangkan fitnah. Hanya kami yang tahu keadaan sebenar dan terpaksa menanggung tekanan yang berat daripada banyak pihak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan