Video Budak Lelaki Dilanggar Jadi Viral - Berita Semasa | mStar

Video Budak Lelaki Dilanggar Jadi Viral

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Satu kemalangan di mana seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dilanggar oleh sebuah kereta ketika melintas jalan telah menarik perhatian ramai netizen selepas seluruh episod kemalangan itu dirakamkan melalui kamera di papan pemuka kereta.

Video selama satu minit itu telah dilihat lebih dari 73,000 kali dan mendapat lebih 700 komen.

Walaupun Nur Adil Hakim Mohammad melambung ke udara dalam kejadian pukul 3.45 petang, Ahad lalu, keajaiban berlaku apabila murid tahun tiga SK Permatang Pauh itu hanya cedera ringan di kepala, pipi kanan dan kaki.

Ibunya Rusmawati Abdul Rahman, 41, berkata Nur Adil pergi memancing tanpa pengetahuannya hari itu.

"Saya terkejut apabila rakannya datang memberitahu saya mengenai kemalangan itu.

"Alhamdulillah, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman," katanya, Rabu.

Katanya Nur Adil telah dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya tetapi telah dibenarkan keluar pada hari berikutnya.

"Dia masih bingung. Saya harap doktor akan melanjutkan cuti sakitnya sehingga dia pulih sepenuhnya," kata Rusmawati, sambil menambah Nur Adil adalah anak keempat daripada lima anaknya.
Tags / Kata Kunci: video viral , langgar budak
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan