1MDB: Tak Perlu Letak Jawatan Hanya Untuk 'Temubual Langsung Di TV'

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 3:07 PM

tony pua

Tony Pua

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tony Pua berkata permintaan Arul Kanda Kandasamy supaya beliau meletak jawatan sebagai anggota dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum menjawab soalan mengenai 1Malaysia Development Berhad dalam 'temubual secara langsung' tidak masuk akal.

"Saya tidak terkejut dengan kenyataan Arul Kanda itu. Ia tidak masuk akal," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Majoriti (anggotanya) adalah dari BN. Malah pengerusi baharu telah menyatakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengeluarkan saya daripada PAC," kata Pua dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Pada Khamis, Arul Kanda bersetuju menyahut cabaran Pua untuk muncul dalam satu temubual secara langsung bagi melenyapkan sebarang dakwaan yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Presiden 1MDB itu berkata beliau hanya akan berbuat demikian jika Pua meletak jawatan dalam PAC bagi mengelak berlakunya sebarang konflik kepentingan.

"Ia benar-benar tidak relevan. Saya boleh bertanya soalan yang sama di luar PAC dan dia boleh menjawabnya," kata Pua.

Beliau berkata tawaran untuk bertemu Arul Kanda secara langsung di TV masih diteruskan dan beliau berjanji untuk bertindak profesional.

"Saya akan menjaga kesopanan awam. Saya tidak akan menggunakan tangan atau apa-apa saja. Takkanlah dia mahu lepaskan peluang ini untuk memalukan saya?" katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas kenyataan Arul Kanda dan berharap isu 1MDB akan diselesaikan tidak lama lagi.

"Saya berharap dengan jawapan beliau itu, orang ramai tidak akan membuat sebarang anggapan berniat jahat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP mendakwa jawapan yang diberikan Arul dalam temuramah secara langsung di Bernama TV hanyalah jawapan 'kitar semula' dan 'tidak mendekatkan rakyat Malaysia dengan kebenaran' mengenai isu itu.

Pua berkata, beliau sendiri akan menjadi hos kepada program temubual itu dan bertanyakan soalan, dan akan memberikan Arul 'seberapa banyak masa dan peluang yang ada dan untuk menjawab soalan-soalan itu'.
Tags / Kata Kunci: 1MDB , Tony Pua , temubual langsung , Arul Kanda

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan