Seorang Murid Orang Asli SK Tohoi Dibenar Pulang

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 10:30 PM

Mirsudiar Aluj, 11, (kiri) dan Norieen Yaakob, 10, (kanan) kanak-kanak yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah selepas diselamatkan di Pusat operasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kanak-kanak Orang Asli, Noreen Yaakob, 10, yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab 11 (HRPZ11) sejak 9 Oktober lalu, dibenarkan pulang pada Khamis.

Menurut bapa saudara Noreen, Henry Boy Angah, kanak-kanak itu dibenarkan keluar kira-kira pukul 5 petang.

Murid SK Tohoi itu menerima rawatan di hospital berkenaan selama 21 hari bersama seorang lagi kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat, Mirsudiar Aluj, 11.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya, berkata bagaimanapun Mirsudiar masih perlu dirawat kerana menghadapi masalah jantung.

"Jakoa mengatur kenderaan untuk membawa Noreen dan keluarganya ke Gua Musang selepas dibenarkan keluar dari hospital pada petang ini.

"Mereka akan bermalam di Gua Musang pada malam ini (semalam) dan akan dibawa ke Kampung Penad, Pos Tohoi, pada pagi esok (hari ini)," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan