Selepas Insiden Amuk, Restoran Di Melbourne Akan Dibuka Seperti Biasa

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 11:29 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Urusniaga di Restoran Little Ipoh di Melbourne akan berjalan seperti biasa apabila ia dibuka semula.

"Kami hanya perlu terus berniaga. Kedai ini ditutup untuk memastikan semuanya telah dibersihkan.

"Malah rakan-rakan pun datang membantu kami membuat pembersihan," kata pemilik restoran, Raja Yasmin Raja Abdul dalam satu temubual telefon dari Australia.

Katanya, mereka cuba menghubungi syarikat insurans bagi menggantikan tingkap yang telah dipecahkan oleh seorang lelaki rakyat Malaysia yang dikenali sebagai 'Panjang'.

Restoran milik rakyat Malaysia itu telah dikepung selama dua jam oleh lelaki bersenjata tersebut yang datang sebagai pelanggan ke situ.

Lelaki berkenaan ditahan polis selepas keluar dari restoran dalam keadaan tangannya berlumuran darah.

Raja Yasmin berkata, walaupun beliau dan pekerjanya trauma dengan kejadian itu, mereka mahu restoran itu dibuka dan beroperasi secepat mungkin.

"Semuanya akan dibaiki dan kedai akan dibuka semula pada Jumaat. Kami mempunyai tempahan besar untuk dipenuhi," kata beliau.

Ditanya bagaimana publisiti buruk telah menjejaskan beliau, Raja Yasmin berkata 'emosinya terganggu oleh panggilan daripada media mengenai apa yang berlaku'.

Katanya, beliau juga telah menerima banyak panggilan daripada rakan-rakan dan keluarga yang ingin tahu sama ada mereka selamat.

"Saya terharu dengan sokongan masyarakat Australia," katanya.

Katanya polis memaklumkan kepada beliau pada Rabu bahawa lelaki itu masih berada di hospital dan sedang dinilai untuk penyakit mental.

Raja Yasmin, yang tidak berada di restoran semasa kejadian, berkata suaminya memberitahunya bahawa lelaki sedang mengalami tekanan.


Tags / Kata Kunci: Little Ipoh , amuk di Melbourne , Panjang

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan