'Rampas' Limosin Dinaiki Rajinikanth, Syarikat Kereta Sewa Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Aktor filem Tamil, Rajinikanth sedang berada di negara ini untuk penggambaran filem Kabali dan keadaan menjadi 'hangat' sebaik sahaja beliau tiba.

Bahang kepanasan itu turut dirasai seorang pemandu limosin yang berusia 25 tahun.

Pemandu dari syarikat kereta sewa yang berpusat di Petaling Jaya itu telah diminta membawa bintang filem dari India itu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4 petang Isnin.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata mereka telah menghantar sebuah limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' untuk digunakan oleh pelakon itu dari pukul 4 hingga 6 petang.

Tetapi, pelakon itu hanya tiba di KLIA pada pukul 6 petang dan pemandu itu memberitahu individu tempatan yang mewakili bintang filem itu bahawa dia terpaksa bergegas untuk mengambil VIP lain untuk pembukaan sebuah restoran di Selangor.

Wakil tersebut bagaimanapun merampas telefon bimbit pemandu itu dan memaksanya supaya memandu ke Melaka, kata jurucakap itu.

Pemandu yang ketakutan itu hanya patuh kepada arahan.

"Kami cuba menghubungi pemandu kami tetapi telefon bimbitnya tidak dijawab. Kami terdesak kerana terdapat satu lagi acara lain pada pukul 6 petang hari yang sama," kata jurucakap itu.

Jurucakap itu berkata, pemandu itu hanya menghubungi mereka sebaik sahaja tiba di Melaka pada pukul 8.20 malam.

"Syarikat kami berdepan kritikan daripada pelanggan kedua disebabkan isu ini."

Syarikat itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu.

Pengerusi Sektor Swasta Melaka, Jawatankuasa Sumber Manusia dan NGO Datuk MS Mahadevan, yang dilantik oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bagi memudahkan penggambaran, berkata beliau juga mempunyai pengalaman buruk berurusan dengan wakil-wakil tempatan berkenaan.

Mahadevan mendakwa sekumpulan 20 lelaki yang memakai baju-T mendakwa mereka adalah pengawal peribadi pelakon itu telah mengasari petugas media dan pembesar-pembesar negeri semasa  'superstar' itu membuat lawatan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Selasa.

Mereka yang berada di pejabat Yang Dipertua Negeri semuanya dijemput tetapi Mahadevan berkata mereka secara agresif ditolak oleh 'bodyguard tak terlatih'.

Mahadevan kemudiannya memanggil penganjur tempatan, dan diberitahu bahawa Rajinikanth sendiri meminta agar pengawal peribadi untuk tidak mengawalnya.
Tags / Kata Kunci: Limosin , Rajinikanth , kereta sewa

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan