Najib Tiada Pilihan, Perlu Jawab Isu 1MDB Pada Sidang Kali Ini - Johari Abdul

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada pilihan selain menjawab isu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan derma RM2.6 bilion dalam sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, ia berdasarkan 'janji' Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulis pada Khamis.

"Dalam jawapan bertulis itu, Azalina menyatakan soalan tersebut akan dijawab serentak dengan soalan lain yang mempunyai maksud  sama pada tarikh ditetapkan kemudian dan pada persidangan kali ini juga.

"Jadi Najib tiada pilihan untuk jawab dalam persidangan (Dewan Rakyat) yang akan berakhir pada 3 Disember ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Johari mengemukakan soalan meminta Najib menjelaskan mengenai derma RM2.6 bilion yang diterima beliau.

Soalan itu termasuk siapa penderma berkenaan, apakah tujuannya dan adakah terdapat ikatan dan syarat yang dikenakan terhadap Perdana Menteri atau negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempertikaikan mengapa Perdana Menteri masih belum dipanggil memberikan keterangan mengenai isu RM2.6 bilion.

Beliau berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low melalui jawapan bertulis menyatakan keterangan Najib masih belum direkodkan.

"Jadi bila nak panggil? Saya hairan mengapa mereka masih belum panggil," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan