Persatuan Mahu Tambang Bas Ekspres Naik 20 Peratus

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 11:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (Pembawa) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan kadar tambang bas ekspres sebanyak 20 peratus.

Presidennya Tajudin Mohd Yunus berkata kerajaan perlu berbuat demikian kerana kadar tambang bas ekspres tidak dinaikkan sejak hampir lapan tahun lepas walaupun kos operasi semakin meningkat.

Beliau berkata demikian dalam surat yang ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, yang diedarkan kepada media di sini.

Menurutnya Pembawa meminta kenaikan kadar tambang bas ekspres antara RM3 dan RM5 bagi satu perjalanan, dan berharap kerajaan menimbang cadangan Pembawa kerana kadar tambang perkhidmatan Transit Aliran Ringan, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan tol juga dinaikkan baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan