Hanya Parti Komunis Keterlaluan Kesan Pengikutnya - Ku Li

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 3:29 PM

Tengku Razaleigh Hamzah

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya parti komunis yang akan mengesan pergerakan pengikutnya secara keterlaluan, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis, Tengku Razaleigh berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan terhadap tujuh orang ahli Umno.

"Semua organisasi mempunyai peraturan, dan mereka mempunyai hak untuk menyiasat ahli-ahlinya.

"Tetapi hanya organisasi komunis yang akan mengesan pergerakan pengikut mereka, terutamanya organisasi yang mempunyai kepimpinan lemah yang mahu memastikan ahli-ahlinya mengikut pemimpin mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan memanggil Umno sebagai parti lemah.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk berdepan tindakan jika dirinya adalah salah seorang daripada tujuh yang akan disiasat, Tengku Razaleigh berkata sudah bersedia.

"Saya telah berada dalam parti lebih lama berbanding mana-mana orang di dalamnya.

"Saya juga telah berada di Parlimen lebih lama daripada mana-mana daripada mereka," katanya.

Mengenai kemungkinan terdapat perancangan dalam parti untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh berkata beliau mendengar tentang hal itu tetapi tidak dapat menentukan kebenarannya.

"Terpulang kepada rakyat untuk memutuskan sama ada beliau perlu disingkir keluar.

"Mereka mempunyai cara mereka sendiri dalam melakukan sesuatu, setiap organisasi ingin melihat ahlinya mengikut pemimpin, itu perkara biasa," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dia tidak mendengar apa-apa mengenai plot itu.

"Mungkin dia (Tengku Razaleigh) lebih mengetahui dan harus tampil ke hadapan untuk memberitahu Setiausaha Agung parti.

"Jika rancangan itu benar, dia harus mengemukakannya kepada parti dan kita akan membincangkannya di Majlis Tertinggi," katanya.

Ditanya mengapa mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno dibatalkan baru-baru ini, Shahidan berkata tidak sepatutnya andaian berniat jahat dibuat.

"Ia dibatalkan, jadi dibatalkan," kata beliau sambil menambah beliau hanya menyokong kepimpinan Umno semasa.
Tags / Kata Kunci: komunis , Ku Li , Tengku Razaleigh Hamzah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan