Najib Terima Permohonan Maaf Nizar

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 8:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima permohonon maaf bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa atas tuduhan memfitnah beliau.

"Saya terima permohonan maaf Datuk Seri Nizar Jamaluddin atas fitnah beliau terhadap saya. Islam menuntut umatnya tidak menfitnah atau sebarkan dusta," katanya menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau pada Khamis.

Semalam, Mohammad Nizar yang didakwa atas tuduhan memfitnah Najib, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada Najib.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini, didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu didakwa mengetahui bahawa tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Nizar Jamaluddin

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan