65,392 Majikan Bakal Dikenakan Denda

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 2:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan denda ke atas 65,392 majikan syarikat dan bukan syarikat kerana belum mengemukakan penyata majikan borang E tahun taksiran 2014.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Mohd Shukor Mahfar berkata, pada tahun taksiran 2014 yang berakhir 31 Mac 2015, sebanyak 476,095 majikan syarikat dan bukan syarikat telah berdaftar dengan LHDN.

"Daripada 476,095 majikan, sebanyak 410,703 majikan telah mengemukakan penyata tersebut," katanya ketika ditemui selepas perasmian Seminar Percukaian Kebangsaan 2015.

Daripada 410,703 majikan tersebut, 280,492 majikan syarikat telah mengemukakan borang E di mana 128,643 majikan telah menghantar secara e-filing dan 151,849 majikan menghantarnya secara manual.

Seminar sehari anjuran LHDN ini akan diadakan di 24 lokasi di seluruh negara mulai hari ini dan dijangka seramai 8,000 orang akan menghadirinya.

Sementara itu, LHDN telah mewajibkan semua majikan syarikat mengemukakan penyata majikan borang E secara dalam talian.

Langkah itu berkuatkuasa mulai cukai taksiran 2016. -- Bernama


Tags / Kata Kunci: LHDN , Mohd Shukor Mahfar

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan