Perak Mahu Jenamakan Lenggong Sebagai Produk Antarabangsa - Zambry

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 3:33 PM

(Ubah saiz teks)

LENGGONG: Kerajaan negeri berhasrat untuk menjenamakan Lenggong sebagai destinasi pelancongan antarabangsa melalui penganjuran beberapa program tahunan bertaraf dunia, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata program itu termasuk meningkat pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia, penganjuran 'Lenggong International Food Festival' dan mengadakan seminar atau simposium berkaitan arkeologi Lenggong.

"Penjenamaan kepada daerah kecil ini sangat penting memandangkan daerah ini telah pun diisytihar sebagai tapak arkeologi Unesco (Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pecah tanah projek pembangunan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan yang berkeluasan 7.2 hektar di sini, Khamis.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang merangka untuk mengadakan program 'Lenggong International Food Festival' dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan seperti stesyen televisyen antarabangsa.

"Menerusi kerjasama ini nanti kita boleh mengadakan penganjuran 'Food Festival' di stesyen televisyen antarabangsa yang ada," kata Zambry.

Berhubung penganjuran seminar, beliau berkata pihaknya akan mengesyorkan perkara itu kepada Universiti Sains Malaysia (USM) memandangkan universiti itu merupakan penganjur seminar bertaraf antarabangsa berkaitan arkeologi.

"Kita akan meminta pihak USM agar program itu dapat dibawa ke kawasan Lenggong dan dijadikan sebagai pusat seminar antarabangsa yang diadakan setiap tahun," katanya.

Zambry turut mengadakan lawatan ke ladang ragut rusa di Sungai Soh, Bukit Sapi di sini.

Sehingga hari ini, sebanyak 2,700 ekor rusa diternak di Perak.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Lembah Lenggong , Zambry Abdul Kadir

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan