Umno Tak Mahu Pemimpin 'Anai-Anai' - Ku Nan

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 5:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap tujuh pemimpin Umno berhubung kenyataan terbuka mereka dilakukan untuk kebaikan parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata boleh membuat teguran tetapi perlu mengikut cara dan saluran yang betul kerana parti tidak mahu ada 'gunting dalam lipatan', 'anai-anai' dan 'duri dalam daging' yang boleh melemahkan parti.

"Kami menerima banyak aduan tetapi yang drastik ialah mengenai tujuh orang ini ... kami sebenarnya boleh ambil tindakan terhadap mereka (gantung keanggotaan) tetapi ketika ini masih melengkapkan kertas siasatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Taman Rekreasi Pudu Ulu, di sini, Khamis.

Beliau bagaimanapun masih enggan mendedahkan nama pemimpin terbabit dan berkata jawatankuasa yang dilantik sedang menyiasat perkara itu dan keputusannya akan dibentangkan pada Majlis Presiden Umno sebelum dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti.

Kebelakangan ini, beberapa pemimpin Umno, dilaporkan menyertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Ahli Parlimen, Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Tags / Kata Kunci: Umno , Tengku Adnan Tengku Mansor

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan