Kementerian Kesihatan Jamin Vaksin Di Malaysia Halal

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 11:16 PM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa semua ubat-ubatan dan vaksin yang diberikan kepada pesakit di negara ini adalah halal serta selamat digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata alasan sesetengah ibu bapa memilih menolak vaksin untuk anak mereka berdasarkan dakwaan bahawa suntikan yang diberi haram dan mengandungi Deoxyribonucleic Acid' (DNA) babi, adalah tidak berasas.

"Pihak kementerian tidak mewajibkan pemberian vaksin tetapi kami menggalakkan ibu bapa memberi vaksin ini kepada anak mereka kerana ia telah terbukti berjaya mengurangkan kadar kematian bayi," katanya dalam sidang berita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hari Penyelidikan Selangor di sini, Khamis.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Selangor Dr S. Balachandran dan Pengarah HTAR Dr Ding Lay Ming.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gerakan antivaksin yang semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa muda di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya sebelum ini dilaporkan berkata berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan daripada data klinik kesihatan, bilangan kes ibu bapa menolak pemberian vaksin untuk bayi mereka  telah meningkat daripada 470 kes pada 2013 kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga Mei lepas.

Dr Hilmi berkata kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas di mana bilangan kes penyakit campak meningkat daripada 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit batuk kokol bertambah dari 497 kes pada 2014 kepada 655 kes tahun ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kes demam kepialu, Dr Noor Hisham berkata sejak Ogos lepas sehingga hari ini, sebanyak 59 kes telah direkodkan.

Justeru itu, beliau menasihatkan pengendali makanan supaya menitikberatkan kebersihan ketika menyediakan makanan, selain menyarankan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan hanya memilih kedai makanan yang bersih.

Tags / Kata Kunci: Vaksin

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan