"Kalau Nak Haramkan Vape, Kena Haramkan Rokok Juga" - Dr Hilmi

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 1:34 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu pengharaman bagi penggunaan rokok elektronik (vape) terus hangat diperkatakan walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.

“Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak ‘kick’ vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Pada Rabu dilaporkan kerajaan sedang berbincang dan mengambil langkah dari segi perundangan untuk mengharamkan vape yang menjadi kaedah alternatif untuk perokok tegar berhenti merokok.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan vape akan diharamkan sepenuhnya.

“Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.

"Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti," katanya.

Ditanya sama ada terdapat larangan untuk penjualan vape selagi tiada undang-undang, Dr Hilmi berkata: "Tiada, setakat ini belum lagi."

Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.

Jelasnya, kebanyakan mereka yang berhasrat berhenti merokok pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan