Firefly Terbangkan 'Budu' Ke Langkawi

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Menikmati kepelbagaian rasa di Malaysia kini lebih mudah apabila Firefly menawarkan penerbangan terus dari Kota Baru ke Langkawi.

Menawarkan tiga kali penerbangan dalam seminggu pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu, laluan baharu ini bertujuan menggalakkan pelancongan antara dua destinasi.

"Tambahan laluan Firefly ini sangat tepat pada masanya, sempena Tahun Melawat Kedah 2016 yang akan bermula dua bulan lagi," kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas merasmikan penerbangan tiba di Lapangan Terbang Langkawi pada Selasa.

Beliau berkata Langkawi adalah salah satu tempat tumpuan pelancong di Malaysia dan ini membantu industri pelancongan terus berkembang.

"Kelantan terkenal dengan makanan dan budayanya dan kini terdapat satu peluang untuk melancong ke Kota Baru bagi mencuba makanan di sana. Penduduk Langkawi kini boleh menikmati budu dengan lebih kerap," katanya lagi.

Timbalan Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Hassab Mohaamood mewakili delegasi Kelantan dalam penerbangan ke Langkawi itu.

Laluan baharu ini merupakan laluan ketiga Firefly dari, dan ke Langkawi selepas dari Subang dan Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata dengan laluan baharu ini, syarikat penerbangan itu menyasarkan bukan hanya industri pelancongan tetapi juga untuk memudahkan urusan perniagaan.

"Melancong dan mobiliti kini lebih mudah daripada dulu," ujarnya.

Jelasnya lagi, syarikat penerbangan menyasarkan 300 penumpang dalam seminggu untuk laluan itu.

Turut menghadiri majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lada Tan Sri Khalid Ramli dan Pengurus Kanan lapangan terbang Malaysia Sdn Bhd, Arif Jaafar.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terbaru dan laluan penerbangan, layari www.fireflyz.com.my.
Tags / Kata Kunci: Filefly , laluan baharu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan