CAP Gesa Kerajaan Haramkan Vape

Diterbitkan: Khamis, 29 Oktober 2015 11:40 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata rokok elektronik atau vape semakin popular dalam kalangan remaja negara ini dan murid sekolah rendah turut tidak terkecuali.

Katanya aduan daripada ibu bapa dan guru beberapa sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan pada jumlah pengguna vape.

"Sudah ada keperluan mengharamkan penjualan vape kerana ia mampu menarik lebih ramai belia mencubanya dan ketagih," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak merancang untuk mengharamkan atau mengawal vape.

Mohamed Idris berkata berbeza dengan jualan rokok yang mengenakan had umur pembelinya, tiada sekatan umur bagi membeli e-rokok dan ini boleh menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dan belia membeli dan menggunakan vape.

"E-rokok sudah diharamkan di Singapura, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki. Kelewatan mengharamkannya di negara ini adalah sukar difahami," katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Idris berkata e-rokok dipromosikan sebagai alternatif sihat berbanding menghisap rokok tetapi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok.

Menurut WHO e-rokok belum terbukti terapi terbaik menggantikan nikotin, katanya.

"Di Malaysia, e-rokok dipasarkan sebagai peranti berhenti merokok yang berkesan dan dijual dengan harga antara RM50 dan RM90 manakala bahan cecairnya dalam botol dijual antara RM10 dan RM20," katanya.

Menurutnya e-rokok kini mudah diperoleh di kebanyakan kedai dan ada yang menjualnya secara terbuka di pasar malam.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan