Tiada Apa Yang Disembunyikan Berhubung 1MDB - Arul Kanda

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 7:25 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Berhad berkata syarikat itu tidak menyembunyikan sebarang perkara.

"Sesungguhnya, tiada suatu perkara pun mengenai 1MDB yang disembunyikan," kata presiden dan pengarah eksekutif kumpulannya Arul Kanda Kandasamy kepada Bernama TV.

"Dan jika ada sebarang cubaan untuk berbuat demikian, ia adalah mustahil.

"Ini kerana ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB -- Bank Negara, Jabatan Audit Negara, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

"Kesemua agensi ini diberi maklumat tentang syarikat ini...apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang sah itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program khas 'Bernama TV with Arul Kanda' melalui Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com pada pukul 10 malam ini.

Program itu dihoskan bersama penerbit Bernama TV Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita Ekonomi) Mikhail Raj Abdullah.

Menjawab soalan Mikhail Raj sama ada terdapat kemungkinan sebahagian daripada hutang 1MDB berjumlah RM42 bilion dimasukkan ke dalam kocek seseorang, beliau berkata semua jumlah itu diambil kira melalui pelbagai penyata kewangan.

"Malah, pada Jun ini, kami menyatakan dengan setepat-tepatnya ke mana dana itu digunakan. Ia merupakan pelaburan bercampur...pembelian aset tenaga dan pembelian tanah.

"Setiap sen daripada hutang kami telah diambil kira. Ia boleh disahkan dengan menyemak penyata kewangan kami," katanya.

Beliau berkata penyata kewangan 1MDB dibentangkan kepada orang ramai melalui laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan penyata ini boleh dimuat turun.

Mengenai tindakan pihak tertentu melemparkan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB, Arul Kanda berkata mereka perlu mengemukakan bukti mengenainya kepada pihak berkuasa.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, ada lima pihak berkuasa siasatan yang memerhati 1MDB. Ia hingga ke tahap iaitu sama ada terdapat bukti atau tidak, pihak berkenaan perlu membuat laporan mengenainya," kata beliau.

Beliau berkata terdapat laporan awam dibuat terhadap 1MDB, termasuk kepada SPRM, dan syarikat ini bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan mengemukakan maklumat yang diperlukan.

"Akaun kami sangat jelas. Kami boleh tunjukkan ke mana perginya dana berhubung operasi syarikat ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: 1MDB , Arul Kanda Kandasamy

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan