Selangor Paling Tinggi Permintaan Rumah PR1MA

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 10:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permintaan untuk rumah PR1MA di Selangor adalah paling tinggi berbanding negeri lain berikutan kebanyakan golongan berpendapatan pertengahan di negeri itu masih tidak memiliki rumah sendiri.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Datuk Abdul Mutalib Alias berkata setakat ini pemohon yang berdaftar dengan PR1MA untuk memiliki rumah mampu milik di negeri berkenaan mencecah 240,000.

Beliau berkata jumlah itu melebihi unit rumah yang diluluskan untuk dibina di Selangor iaitu 19,591 unit.

"Populasi penduduk di Selangor pun tinggi dan ramai yang masih tinggal dengan ibu bapa," katanya pada sidang media di pejabat PR1MA di sini, Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata pihak PR1MA akan berusaha mencari langkah terbaik untuk menangani permintaan melebihi tawaran itu bagi memastikan penduduk berkelayakan di negeri tersebut mempunyai rumah sendiri.

Abdul Mutalib berkata antaranya PR1MA akan memperbanyakkan lagi kerjasama dengan pemaju perumahan yang berkemampuan mengikuti segala piawaian ditetapkan oleh perbadanan itu untuk menambah bilangan rumah mampu milik.

Dalam pada itu, beliau berkata rumah PR1MA yang diluluskan untuk dibina di seluruh negara adalah sebanyak 198,489 unit.

"Di Lembah Klang sahaja melibatkan 26,323 unit rumah PR1MA iaitu 6,172 unit di Kuala Lumpur, 19,591 unit di Selangor dan 560 unit di Putrajaya.

"Di Kuala Lumpur rumah yang sudah ada dalam proses pembinaan terdapat 4,636 unit dan di Selangor 5,081 unit dalam proses pembinaan," katanya.

Sementara itu, Abdul Mutalib berkata PR1MA akan menganjurkan Ekspo Rumah PR1MA 2015 di Melaka selama tiga hari bermula Jumaat ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Katanya ekspo itu sebagai platform yang interaktif untuk berkongsi maklumat berhubung produk dan servis yang ditawarkan PR1MA kepada orang ramai.

Tags / Kata Kunci: PR1MA , Rumah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan