Rebat Kad Prabayar Hanya Untuk Warganegara Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 10:09 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Rebat bagi pengguna telefon kad prabayar yang diumumkan dalam Bajet 2016 hanya akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan tidak melibatkan warga asing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, kerajaan tidak memberi subsidi bagi caj telefon bimbit kepada bukan warganegara.

Beliau berkata, keputusan untuk memberikan rebat kepada pengguna kad prabayar menunjukkan kerajaan mendengar kebimbangan dan permintaan rakyat.

"Rebat ini merupakan satu tanggungjawab bersama yang dibayar oleh kerajaan dan syarikat telekomunikasi, untuk rakyat Malaysia.

"Warga asing tidak akan mendapat rebat ini," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata, antara isu yang ditangani termasuk mekanisme bagi memastikan bahawa pengguna warga asing tidak akan diberikan rebat berkenaan, tempoh masa untuk mengkreditkan rebat dan jumlah yang dikongsikan oleh kementerian dan syarikat telekomunikasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 baru-baru ini mengumumkan bahawa pengguna kad prabayar akan mendapatkan rebat berdasarkan jumlah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dibayar, dari 1 Januari sehingga 31 Disember tahun depan.

Terdapat seramai 33 juta pengguna perkhidmatan kad telefon prabayar di negara ini, menjadikannya sehingga 80 peratus daripada jumlah pengguna telefon bimbit.

Daripada jumlah itu, dianggarkan lima juta dipercayai adalah pengguna warga asing.

Menteri berkata, kad prabayar masih tertakluk kepada GST tetapi pengguna akan mendapat rebat dan dapat menggunakan masa bercakap bersamaan dengan jumlah yang dibayar.

Sebagai contoh, katanya, sekiranya pengguna membayar RM10, masa bercakap bernilai 60 sen akan dikreditkan ke dalam akaun.

"Bagaimanapun, pengguna warga asing tidak akan menikmati faedah ini. Jika mereka membeli kad prabayar RM10, tambah nilai mereka hanya bernilai RM9.40 selepas dikenakan GST," kata Mohd Salleh.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan