Perbuatan Dorong Amalan Melatah Hukumnya Haram - Mufti Perlis - Berita Semasa | mStar

Perbuatan Dorong Amalan Melatah Hukumnya Haram - Mufti Perlis

Diterbitkan: Rabu, 28 Oktober 2015 1:44 PM

Dr Asri Zainal Abidin

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata adalah haram kepada seseorang bertindak membuatkan pelatah menjadi latah hingga mengeluarkan kata-kata tidak elok didengari atau bertindak melakukan perkara yang membahayakan.

"Di sebalik kita ketawa dengan pelbagai kelakar dilakukan oleh pelatah tersebut, kita jangan lupa perbuatan sedemikian boleh mengaibkan individu berkenaan dan agama Islam sendiri," katanya pada akhir kuliah mingguannya di Masjid Alwi di sini Selasa malam.

Sementara itu, Mohd Asri yang juga penasihat Masjid Alwi, berkata masjid berkenaan bercadang mengadakan hari terbuka untuk dikunjungi orang bukan Islam bertujuan mendekatkan mereka kepada agama Islam.

Beliau berkata setiap minggu ratusan jemaah di kalangan umat Islam datang ke masjid tersebut untuk mengikuti ceramahnya tetapi berapa ramai antara jemaah itu yang memainkan peranan berdakwah kepada saudara bukan Islam terutama penduduk berhampiran dengan mengajak mereka mendekati Islam.

"Mungkin ada di kalangan penduduk berkenaan tergerak di hati masing-masing untuk datang ke masjid tetapi tidak berani berbuat demikian kerana takut tidak dibenarkan," katanya.

Mohd Asri berkata pendekatan yang akan diperkenalkan itu untuk mengelak pengurusan masjid daripada menjadi tohmahan generasi akan datang berhubung peranan dakwah masjid kepada penduduk bukan Islam sedangkan kedudukan masjid di dalam bandar mempunyai ramai penduduk dan peniaga bukan Islam di sekelilingnya.

-- Bernama
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan